Selamat Datang

Selamat datang kepada semua pengunjung ke laman blog Majlis Guru Besar Daerah Batang Padang - Muallim.

Anjakan Ke-5

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Tahniah

Tahniah kepada YAB Mohd Faisal bin Dato Azumu sebagai Menteri Besar Perak.

Thursday, December 28, 2017

Meniti Ambang 2018

Saya masih ingat pada bulan Julai 2015, ketika saya mula-mula diberikan mandat untuk menerajui Kementerian Pendidikan Malaysia. Pernah saya catatkan dalam penulisan saya sebelum ini bahawa cabaran yang hebat menanti saya dalam memastikan sistem pendidikan negara dapat ditransformasi sebagaimana yang direncanakan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Semasa Perutusan Tahun Baharu 2016, kali pertama saya menyampaikan amanat sebagai Menteri Pendidikan Malaysia, saya bercakap tentang pentingnya komunikasi dua hala – penyampaian maklumat daripada Kementerian dan maklum balas yang diterima daripada para pelaksana mesti berlaku dengan jelas dan telus. Saya menekankan bahawa Kementerian Pendidikan bekerja untuk sekolah, dan pegawai-pegawai di KPM, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah perlu turun padang, menyelami cabaran yang dihadapi oleh para pendidik dalam merealisasi dasar pendidikan negara. Platform media sosial saya buka seluasnya untuk sesiapa sahaja memberikan maklum balas secara beradab, terbuka dan telus.

Pada tahun berikutnya semasa Perutusan Tahun Baharu 2017, saya ulangi perkara yang sama. Komunikasi berkesan adalah sama pentingnya dengan perancangan dan pelaksanaan sesuatu program atau inisiatif. Bak kata orang muda sekarang – tak ada maknanya Kementerian menggubal dasar dan merancang inisiatif kalau guru-guru kita sendiri tidak faham mengapa satu polisi itu dibuat dan bagaimana untuk melaksanakannya.

Perkara ini disampaikan sendiri kepada saya dalam siri “Guru Pembina Negara Bangsa” di beberapa negeri bersama warga pendidik. Saya merasa gembira apabila ramai yang mengatakan mereka faham tentang hala tuju pendidikan dan tentang kepentingan menyediakan generasi bangsa Malaysia yang holistik dan sejahtera yang bakal menjadi penyumbang kepada kemakmuran negara di masa hadapan.

Namun begitu saya merasa agak gusar kerana terdapat juga antara mereka yang kurang faham mengapa mereka perlu melakukan beberapa pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ada juga yang mempertikaikan tentang keperluan Pembelajaran Abad ke 21 sedangkan sekolah tidak mempunyai bekalan elektrik contohnya, atau kenapa perlunya guru-guru diarahkan untuk menyiapkan kursus i-Think dalam talian.

Saya amat faham tentang kegusaran ini dan saya tidak menyalahkan warga pendidikan kerana mempersoalkan perkara ini. Segala persoalan ini berpunca daripada kurangnya maklumat yang betul yang disampaikan kepada mereka. Dalam usaha negara kita membina aspirasi baharu melalui Transformasi Nasional 2050 atau TN50, era ledakan maklumat ini perlu kita manfaatkan supaya masyarakat secara menyeluruh tahu dan faham ke mana hala tuju pendidikan dan bagaimana untuk kita sampai kepada hala tuju yang telah kita tetapkan.

Saya ambil contoh paling mudah tentang kejayaan anak-anak kita yang telah mengharumkan nama negara dalam pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa. Saya cukup kagum dengan pencapaian murid Sekolah Sukan Malaysia yang mewakili negara dalam Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2016. Tahun ini sumbangan murid Sekolah Sukan Malaysia dalam Sukan SEA memang cukup besar dalam kejayaan negara menjadi Johan Sukan SEA serta kejayaan dalam Sukan Paralimpik. Sekolah Seni Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila menjadi juara dunia dalam beberapa pertandingan. Namakan sahaja pertandingan di peringkat antarabangsa daripada robotik ke Musabaqah al Quran, murid Malaysia telah berjaya memahat nama mereka di persada antarabangsa.

Bagaimana murid Malaysia boleh mencapai kejayaan ini? Tidak lain adalah berkat usaha dan sokongan daripada guru, ibu bapa, pentadbir dan komuniti yang sentiasa bekerjasama untuk memastikan bakat dan kemampuan mereka dipupuk dan dikembangkan. Usaha ini juga menuntut satu transformasi dengan mengamalkan budaya kerja baharu selaras dengan tuntutan dunia yang begitu pesat berubah di ambang Revolusi Industri 4.0 ini. Justeru komunikasi berkesan perlu berlaku di sini – maklumat yang betul mesti disampaikan dan maklum balas perlu diperolehi supaya proses penambahbaikan dapat dilakukan secara berterusan.

Sesungguhnya begitu banyak kejayaan dan pengiktirafan telah diraih dalam bidang pendidikan yang mungkin tidak diketahui oleh masyarakat umum. Semasa Mesyuarat UNESCO di Paris pada November 2017, saya merasa terharu kerana usaha transformasi pendidikan di bawah PPPM 2013-2025 mendapat pujian daripada UNESCO. Di London selepas mesyuarat tersebut, pihak Cambridge memperakui program Dual Language Programme (DLP) yang dilaksanakan telah berjaya meningkatkan profisiensi murid dalam Bahasa Inggeris, walaupun terdapat pelbagai cabaran semasa melaksanakan program ini selama dua tahun. Kejayaan ini perlu dikongsi kepada warga pendidik dan masyarakat umum supaya Kementerian tidak terus menerima kritikan hanya kerana mereka ‘tidak tahu’ apa yang berlaku.

Begitu juga dengan usaha Kementerian untuk menjelmakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam membangunkan murid yang seimbang ilmu dan akhlaknya. Penerapan Enam Aspirasi Murid – pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa, kemahiran memimpin, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Usaha ini memerlukan satu pendekatan bersepadu daripada semua pihak – ibu bapa, komuniti dan sektor swasta perlu berganding bahu dengan para pendidik demi masa depan anak bangsa Malaysia yang lebih gemilang. Sebab itu pelaporan yang lebih holistik diamalkan dalam pentaksiran murid sebagaimana yang dilaksanakan melalui Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) pada 24 November yang lalu. Yang penting di sini adalah semua pihak faham mengapa perkara ini perlu dilaksanakan dan apakah impaknya dalam jangka masa panjang.

Pelbagai usaha dan inisiatif yang dilaksanakan untuk mentransformasi sistem pendidikan di bawah PPPM 2013-2025 tidak akan berjaya sekiranya apa yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan tidak dapat difahami dan dihayati oleh pelaksana. Saya amat mengharapkan supaya setiap pihak – murid, guru, pentadbir, ibu bapa, komuniti dan sektor swasta – dapat berusaha sebagai satu keluarga demi masa hadapan Malaysia yang lebih gemilang. Aamin.

Sumber : Laman Rasmi Menteri Pendidikan

Tuesday, December 26, 2017

Henti Asing Kelas, Sekolah Kawalan

NILAI: Kementerian Pendidikan mengarahkan pengasingan kelas mengikut tahap penguasaan akademik murid, dan sekolah kawalan dihentikan.

Kaedah pengasingan rasmi seperti Ujian Kemasukan Tahun Satu mesti dimansuhkan sepenuhnya bermula 2019.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata amalan berkenaan bukan dasar pendidikan, namun dilakukan sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik mengikut Gred Purata Sekolah (GPS), yang menjadi petunjuk prestasi utama (KPI) sebelum ini.

"Selaras dengan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang mula dilaksanakan tahun ini, sekolah tidak lagi perlu mengejar GPS, kerana kita mahu semua murid dididik secara holistik, dan tidak terlalu mementingkan pencapaian akademik semata-mata.

"Tiada keperluan untuk pihak sekolah mengasingkan murid mengikut tahap akademik. Sebaliknya, kita menggalakkan semua pelajar yang mempunyai tahap penguasaan akademik dan kelebihan berbeza dicampurkan supaya dapat saling membantu.

"Kita faham ada sekolah masih mengamalkan pengasingan kelas kerana sudah menjadi kebiasaan sejak sekian lama, namun seiring dengan perubahan, terutama pelaksanaan PPSR, kita berharap amalan ini dihentikan menjelang sesi persekolahan 2019," katanya pada sidang media di Institut Aminuddin Baki di sini, hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Pelajaran Negeri juga mesti menghentikan sekolah kawalan, iaitu memilih pelajar berdasarkan pencapaian sukan, akademik serta disiplin, kerana tidak selaras dengan dasar pendidikan negara.

"Kita tidak menggalakkan amalan ini yang kadang kala menyusahkan pelajar kerana ada sesetengah kes, pelajar terpaksa pergi ke sekolah yang jauh kerana tidak diterima di sekolah berhampiran kawasan perumahannya," katanya.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan tidak bercadang mengeluarkan pekeliling berhubung semua amalan lama berkenaan, namun berharap pentadbir sekolah memahami perubahan yang sedang dilaksanakan kementerian dan menerapkan amalan yang seiring dasar pendidikan negara.

Sumber: Berita Harian Online

Friday, December 22, 2017

Guru Perlu Tahu Undang-Undang


(DARI kiri) Presiden Kongres Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Datuk Mohamed Sabri Mohamad Arshad; Jurulatih Utama Kebangsaan Kumpulan Penggerak Sarana Kebangsaan, Faizal Mohamad Arshad; Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan UKM Prof Madya Dr Salleh Amat dan Penyelaras Citra Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Noorfajri Ismail hadir pada program ilmu Bicara Persada ke-42 bertajuk Cikgu Azizan: Antara Mendidik Dengan Mendisplin, di Mana Sempadannya?, di Bangi, hari ini. - Foto Rohanis Shukri

BANGI: Guru perlu mempunyai kefahaman undang-undang bagi memastikan setiap tindakan disiplin diambil terhadap pelajar tidak memakan diri.

Penyelaras Citra Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Noorfajri Ismail, berkata warga pendidik hari ini berdepan dengan pelbagai risiko terutama dengan peningkatan pengetahuan undang-undang dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, katanya, pemahaman jelas mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk merekodkan setiap tindakan dilakukan ketika melaksanakan hukuman terhadap pelajar dapat melindungi guru.

"Sebarang tindakan atau tatacara apabila mengendalikan kes displin pelajar ada dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan sebelum ini.

"Guru perlu mengambil tindakan berdasarkan SOP itu termasuk memastikan sudah mengikut garis panduan disediakan khususnya dari segi pendokumentasian sebagai bukti, " katanya pada program ilmu Bicara Persada ke-42 bertajuk Cikgu Azizan: Antara Mendidik Dengan Mendisplin, di Mana Sempadannya?, di sini hari ini.

SPI menerangkan secara terperinci langkah yang boleh diambil oleh guru, sekiranya pelajar melakukan kesalahan dan tindakan yang wajar dilakukan dalam mendidik pelajar menjadi insan berguna.

Antaranya teguran, surat kepada ibu bapa dan akhir sekali ialah gantung atau buang sekolah.

Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan UKM, Prof Madya Dr Salleh Amet, berkata tugas mendisplin pelajar perlu dipertanggungjawabkan kepada semua guru dan bukannya diletakkan ke atas guru disiplin semata-mata.

"Tindakan mendisiplin pelajar bukan hanya membabitkan apabila pelajar melakukan kesalahan. Disiplin satu proses dalam kita mendidik seseorang itu supaya lebih bertanggungjawab kepada dirinya.

"Ada pelbagai kaedah yang boleh digunakan seperti ganjaran dan psikologi sebelum kita melaksanakan tindakan seperti mendenda dan mengenakan hukuman lebih berat," katanya.

Sumber: Harian Berita

Tuesday, December 19, 2017

NUTP Minta Kod Etika Ibu Bapa / Penjaga diperkenal


RASAH 19 Dis. – Kesatuan Per­khidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) meminta Kementerian Pendidikan memperkenalkan Kod Etika Ibu Bapa/Penjaga bagi mempertahankan seba­rang tindakan yang diambil guru.

Pre­si­dennya, Kamarozaman Abd. Ra­zak berkata, kod etika ber­kenaan akan menjadi panduan tatacara kepada ibu ba­pa atau penjaga ketika berurusan dengan pihak sekolah.

“NUTP sedang menyediakan cadangan­ kod etika ini dan berharap ma­­s­yarakat memberi lebih perlindungan kepada guru dalam menguruskan hal disiplin dengan lebih berkesan.

“Kita mencadangkan guru diberi latihan khusus menangani masalah disiplin seperti kes berulang atau kritikal dan diharap Kementerian Pendidikan bersama-sama memperkenalkannya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Se­remban di sini hari ini.

Kamarozaman hadir bagi memberi sokongan kepada Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan yang menghadapi pertuduhan mence­derakan seorang murid lelaki berusia 11 tahun di Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, April lalu.

Sementara itu, Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata, kod etika itu membolehkan ibu bapa dan penjaga mempunyai garis panduan yang jelas untuk berurusan dengan guru jika tidak berpuas hati terhadap sesuatu isu.

Katanya, kod etika berkenaan akan dapat melindungi guru daripada menjadi sasaran kemarahan ibu bapa dan penjaga.

“Kita tidak melindungi guru yang bersalah namun dengan ada­nya kod etika itu nanti, ibu bapa atau penjaga akan mempunyai saluran yang lebih baik dalam menyuarakan ketidakpuasan ha­ti, selain membantu kedua-dua pihak mencari jalan penyelesai­an,” katanya.

Sumber: Utusan Online

Majlis Penyerahan Sumbangan YAB Menteri Besar Perak Kepada Kelab Guru Parlimen Tapah

19 Dis - Kerajaan Negeri Perak di bawah pentadbiran YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Diraja Zambry bin Abdul Kadir telah memberi sumbangan kepada Kelab Guru seluruh sekolah dalam Parlimen Tapah.

Penyerahan sumbangan yang diadakan di Bangunan UMNO Bahagian Tapah itu telah disempurnakan oleh Dato' Shamsuddin bin Abu Hassan, ADUN Ayer Kuning merangkap exco kerajaan negeri Perak.

Kira-kira 58 buah sekolah yang terdiri daripada sekolah menengah, sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil dalam Parlimen Tapah telah menerima sumbangan tersebut.

Disamping penyerahan sumbangan kepada Kelab Guru, turut disampaikan hadiah galakan akademik untuk murid-murid UPSR 2017 yang mencapai 6A dalam akademik.


Antara yang hadir bersama ADUN Ayer Kuning


Timbalan PPD Batang Padang menyampaikan ucapan


Dato' Shamsudin menyampaikan ucapan sebelum penyerahan dilakukan


Penyerahan sumbangan kepada YDP MGB Batang Padang


Puan Norma binti Razali mewakili SK Daruk Kelana


Gambar kenangan selepas penyerahan sumbangan dan hadiah galakan akademik

Monday, December 18, 2017

Instrumen Pelaksanaan Penarafan Sekolah Yang Membudayakan KBAT 2017

Pelaksanaan pentaksiran kendiri KBAT bertujuan memastikan sekolah:

1. Melaksanakan KBAT secara menyeluruh meliputi aspek yang dinilai

2. Membudayakan amalan PLC untuk meningkatkan profesionalisme guru dalam KBAT

3. berpotensi untuk dinobatkan sebagai sekolah yang membudayakan KBAT

Surat BPK berkaitan Pelaksanaan Penarafan Sekolah Yang Membudayakan KBAT 2017

Muat Turun Bahan : Klik Sini

Instumen Standard Penarafan KBAT dalam Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan

Muat Turun Bahan : Klik Sini

Instumen Standard Penarafan KBAT dalam Kokurikulum

Muat Turun Bahan : Klik Sini

Instumen Standard Penarafan KBAT dalam PdP

Muat Turun Bahan : Klik Sini


Friday, December 15, 2017

Pekeliling Perkhidmatan Bil 5 Tahun 2017 : Kemudahan Cuti Bersalin Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam


Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010 telah menetapkan bahawa seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat cuti bersalin bergaji penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya. Pegawai juga diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin antara 60 hari hingga 90 hari bagi setiap kelahiran.

Bagi menjaga kebajikan penjawat awam wanita, Kerajaan telah bersetuju untuk menambah tempoh cuti bersalin bergaji penuh daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.


Muat Turun Bahan : Klik Sini

Tarikh Bayaran Bonus Kakitangan Awam 2018

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat pada hari Jumaat, 27 Oktober 2017 telah mengumumkan pemberian bayaran khas sebanyak RM1,500.

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Pemberian Bayaran Khas RM1, 500 Kakitangan Awam 2018. Pembayaran akan dibuat pada tarikh berikut mengikut surat pekelililing ANM Peraturan Pembayaran Khas (Akan dikemaskini).

Jumlah Bayaran Khas

Kakitangan awam : RM1,500 (Tahun lepas RM500)
Pesara : RM750 (Tahun lepas RM250)

Tarikh Pembayaran

Bayaran khas kakitangan awam dan pesara kerajaan seperti diumumkan dalam Bajet 2018 pada Jumaat, 27 Oktober 2017 akan dibayar mengikut tarikh dan ketetapan berikut :-

Tarikh Pembayaran Pertama : Akan dikemaskini - RM1,000 pada awal Januari 2018 (Tahun lepas pada 3 Januari 2017)

Bayaran kedua : RM500 Menjelang Hari Raya Aidilfitri 2018

Nota : Pesara kerajaan akan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Untuk makluman, pada bulan Jun 2017 yang lalu, Kerajaan telah memberi Bantuan Khas Kewangan Hari Raya sebanyak RM500 dan RM250 kepada penjawat awam dan pesara kerajaan masing-masing untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

Semoga Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2018 ini boleh dijadikan belanja buat menyiapkan anak-anak ke sesi persekolahan 2018.

Thursday, December 14, 2017

Pekeliling SPP : Pelaksanaan Peraturan Pengendalian Laporan Pemeriksaan Kesihatan Oleh Ketua Jabatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Pendidikan

Pekeliling SPP Bilangan 2 Tahun 2017 ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi melaksanakan peraturan pengendalian laporan pemeriksaan kesihatan oleh Ketua Jabatan bagi maksud pelantikan ke dalam perkhidmatan pendidikan.


Muat Turun Bahan : Klik Sini

Pergerakkan Guru Besar Berkuatkuasa 14 Disember 2017

Dimaklumkan bahawa Puan Azni binti Abdul Rahman, Guru Besar SK Behrang telah bertukar keluar ke Sekolah Kebangsaan Bukit Pekan dalam pentadbiran PPD Kinta Selatan berkuatkuasa 14 Disember 2017.

Manakala, kekosongan guru besar di SK Behrang diganti Encik Norzie bin Abdul Aziz, iaitu bekas Penolong Kanan HEM SK Bandar Baru Putra, Ipoh.

Pihak MGB Daerah Batang Padang dan Muallim, mengucapkan terima kasih kepada Puan Azni binti Abdul Rahman, atas jasa dan perkhidmatan yang telah dicurahkan ketika bertugas dalam daerah Batang Padang dan Muallim.

Pihak MGB Batang Padang & Muallim juga mengucapkan selamat datang kepada Encik Norzie bin Abdul Aziz yang menggantikan tempat Puan Azni binti Abdul Rahman sebagai guru besar di SK Behrang.

Semoga Puan Azni bin Abdul Rahman dan Encik Norzie bin Abdul Aziz akan mempamerkan perkhidmatan yang lebih cemerlang dalam mengemudi sekolah masing-masing.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Encik Alias bin Hamid, AMP., PJK.,
Yang Dipertua
MGB Daerah Batang Padang & Muallim

Pekeliling Perkhidmatan : Kemudahan Cuti Umrah

Pekeliling ini merupakan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017 bertujuan untuk melaksanakan keputusan kerajaan bagi kemudahan cuti umrah yang merupakan cuti tanpa rekod untuk pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang beragama Islam menunaikan ibadah umrah sekali sepanjang tempoh perkhidmatan.

Muat Turun Bahan : Klik Sini

Tuesday, December 12, 2017

2018 Teacher Planner

'Teacher Planner' ini boleh digunakan untuk menandakan perancangan yang dibuat dalam setahun. Fail dalam bentuk .docx.


Muat Turun bahan : Klik Sini

Thursday, December 7, 2017

Makluman: Mesyuarat Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Daerah Batang Padang Dan Muallim Bil. 2/2017

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah daerah Batang Padang dan Muallim

Tuan

MESYUARAT JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH(PBS) DAERAH BATANG PADANG DAN MUALLIM BIL. 2/2017

Merujuk kepada di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PBS daerah Batang Padang dan Muallim akan diadakan seperti ketentuan berikut.
Tarikh:13 Disember 2017 (Rabu)
Masa:2.30 petang
Tempat:Bilik Excellence PPD Batang Padang

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Bersama-sama ini disertakan surat panggilan mesyuarat untuk tindakan pihak tuan.

Sekian terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Muat Turun bahan : Klik Sini

Makluman Dan Tindakan : Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Daerah Batang Padang Bil. 3/2017

Semua Guru Besar,
Sekolah Rendah,
Daerah Batang Padang 2017

Tuan,

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
DAERAH BATANG PADANG BIL. 3/2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang akan mengadakan mesyuarat di atas mengikut ketentuan berikut:
::
Tarikh:13 Disember 2017 (Rabu)
Masa:8.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat:Bilik Excellence PPD Batang Padang
Pengerusi:En. Mohamad Fauzi bin Mahson
(Pegawai Pendidikan Daerah)
Pakaian:Pakaian Kerja

3. Agenda Mesyuarat:
3.1Ucapan Pengerusi
3.2Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Kurikulum Sekolah Rendah Bil.2/2017
3.3Perkara berbangkit dan Rumusan Maklum Balas
3.4Pembentangan Kertas Kerja dan Makluman
3.4.1LINUS
3.4.2PAK 21
3.4.3PBD
3.4.4SIPartner+
3.5Hal-hal lain
3.6Penutup

4. Sehubungan dengan itu, pohon kerjasama tuan untuk hadir TANPA GAGAL dalam mesyuarat tersebut. Pihak tuan dipohon untuk memuat turun minit mesyuarat dan maklum balas mesyuarat yang lepas untuk dibawa pada mesyuarat tersebut.

5. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Bahasa Melayu (Sekolah Rendah) En. Mohd Zaid Bin Ismail di talian 012-6174780.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Muat Turun bahan : Klik Sini

Membina Soalan Dalam Quizizz & Memasukan Dalam Frog VLE

Assalamualaikum dan Salam 1Bestarinet bersama membudayakan Frog VLE dalam PDPC. Kita akan belajar buat Quizizz pula hari ini. Ok mari kita mulakan sekarang.

<












































Sumber: Telegram [SR] Soalan KSSR, Gabungan PBS, Sistem Markah

Soalan Lazim SKPMg2

  1. Siapakah yang boleh mengakses portal NKRA?
    Portal NKRA boleh diakses oleh pihak sekolah, SIP+, JPN, PPD dan Bahagian KPM

  2. Kenapakah instrumen SKPMg2 tidak kelihatan setelah log in dalam portal NKRA?
    Untuk tujuan pengisian skor PKS-SKPMg2, sila gunakan user id seperti berikut:
    User Id : Kod Sekolah (BBA0001)
    Password : seperti yang telah ditetapkan.

  3. Perlukah pihak sekolah membuat pengisian skor penarafan SKPMg2 secara offline sebelum memindahkannya ke dalam portal?
    Pihak sekolah boleh mengisi secara terus ke dalam talian kecuali pada skor PdPc. Pihak sekolah hendaklah mengisi skor PdPc setiap guru secara offline bagi mendapatkan rumusan setiap aspek yang akan dipindahkan ke dalam portal. Tapak offline ini akan diminta semasa pihak sekolah diaudit.

  4. Bolehkah skor penarafan diubah jika skor telah ditetapkan?.
    Boleh, skor akan dikemas kini setiap kali perubahan dilakukan. Skor tidak boleh diubah sekiranya telah melepasi tarikh pengisian pada sesi berkenaan.

  5. Dalam paparan Pasukan Pelaksana Standard (PPS), nama ketua tidak berada di atas.
    Senarai nama dalam PPS disusun mengikut abjad, bukan mengikut jawatan.

  6. Untuk pendaftaran PPS, terdapat item KP Utama. Apakah maklumat yang perlu dimasukkan?
    Maklumat KP Utama adalah nombor Kad Pengenalan ahli PPS berkenaan.

  7. Pihak sekolah telah menaip evidens tetapi sistem tidak menyimpannya apabila butang SIMPAN ditekan.
    Elakkan menaip melibatkan karektor khas seperti “” ‘ dan sebagainya. Ada kemungkinan juga server tidak stabil pada waktu yang berkenaan. Mohon cuba sekali lagi pada waktu lain.

  8. Mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah saya tidak terpapar pada Aspek 3.1.2.
    Sila masukkan nama mata pelajaran yang ditawarkan dalam paparan Pasukan Pelaksana Standard (Aspek 3.1.2) terlebih dahulu supaya mata pelajaran ini dapat dipaparkan untuk tujuan pengisian skor. Jika berlaku kesilapan, delete nama mata pelajaran berkenaan dalam paparan PPS juga.

  9. Nama Kelab/Persatuan tidak terpapar pada Aspek 3.2.2
    Sila masukkan nama kelab/persatuan yang tawarkan dalam paparan Pasukan Pelaksana Standard (Aspek 3.2.2) terlebih dahulu supaya nama kelab/persatuan ini dapat dipaparkan untuk tujuan pengisian skor.

  10. Nama Badan Beruniform tidak terpapar pada Aspek 3.2.3
    Sila masukkan nama badan beruniform yang tawarkan dalam paparan Pasukan Pelaksana Standard (Aspek 3.2.3) terlebih dahulu supaya nama badan beruniform ini dapat dipaparkan untuk tujuan pengisian skor.

  11. Nama Sukan/Permainan tidak terpapar pada Aspek 3.2.4
    Sila masukkan nama sukan/permainan yang tawarkan dalam paparan Pasukan Pelaksana Standard (Aspek 3.2.4) terdahulu supaya nama sukan/permainan ini dapat dipaparkan untuk tujuan pengisian skor.

  12. Mengapa jumlah guru dalam sistem berbeza dengan jumlah sebenar guru di sekolah?
    Sistem SKPMg2 mendapatkan data guru daripada sistem e-operasi. Sila log in dalam sistem e-operasi dan pastikan semua guru ditandakan sebagai GURU pada item KATEGORI

  13. Jika guru sedang cuti bersalin, apakah yang perlu ditandakan pada item status guru dalam PdPc?
    Pilih pada Cuti. Semua jenis cuti sakit dan tidak hadir bertugas dengan mendapat kebenaran doktor/kebenaran rasmi hendaklah ditanda pada Cuti

  14. Jika guru sedang bercuti dan tidak memasukkan skor Penarafan Kendiri PdPc pada sesi pengisian Jan-Mac, apakah skor ini boleh dimasukkan pada sesi Apr-Jul?
    Tidak boleh. Skor berkenaan hendaklah disimpan di peringkat sekolah.

  15. Apabila guru berpindah, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah?
    Sila rujuk jadual berikut :
    Jika tiada bukti pencerapan, guru berkenaan perlu dicerap di sekolah baharu.
    PengisianSituasiTindakan
    Jan – MacGuru berpindah dari SK ABC ke SK DEF pada bulan AprilKekalkan nama guru pada SK ABC, tambah nama guru pada SK DEF
    Apr - JulaiGuru berpindah dari SK JKL ke SK MNO pada bulan OgosKekalkan nama guru pada SK JKL, tambah nama guru pada SK MNO
    Ogos - NovGuru berpindah dari SMK ABC ke SMK DEF pada bulan DisemberKekalkan nama guru pada SMK ABC, tambah nama guru pada SMK DEF
    Jan – MacGuru berpindah dalam sesi pengisian Jan – MacPastikan bahawa guru berkenaan telah dicerap di sekolah yang terdahulu. Dapatkan bukti pencerapan. Gunakan skor berkenaan pada sekolah baharu. Guru tidak perlu di cerap semula. Tukar status guru berkenaan kepada berpindah dan padam skor sedia ada di sekolah lama. Kemas kini sistem e-operasi. Lakukan penambahan nama guru berkenaan di sekolah baharu dalam Standard 4.
    Apr - JulaiGuru berpindah dalam sesi pengisian Apr – Julai
    Ogos - NovGuru berpindah dalam sesi pengisian Ogos – Nov

  16. Bagaimanakah untuk menetapkan status guru dalam Standard 4?
    Rujuk jadual yang dilampirkan
    NoKriteriaTaggingCatatan
    1Guru berada di sekolah dan dicerapBerada di sekolah
    2Guru bimbingan kaunseling lantikan JPNGuru bimbingan kaunseling
    3Guru bimbingan lantikan dalamanBerada di sekolahPerlu dicerap mengikut opsyen asal
    4Guru cuti bersalinCuti
    5Guru cuti belajarCuti
    6Guru cuti tanpa gajiCuti
    7Guru yang bertugas di PPD tetapi nama berada di sekolahBertugas di PPD/JPN
    8Jurulatih sukanJurulatih
    9Guru telah meninggal duniaMeninggal Dunia
    10Guru yang sedang proses diambil tindakan kerana tidak bertugasSedang dalam tindakan
    11Guru yang telah digantung bertugasGantung kerja
    12Guru yang telah mendapat status PoolPool
    13Guru yang telah berpindah sekolahPindah sekolah
    14Guru yang tidak hadir bertugas tanpa sebabTidak hadir bertugas tanpa sebab
    15Guru yang telah berpencenBerpencen
    16Guru yang menghadiri kursus panjang melebihi tiga bulanKursus




Tuesday, December 5, 2017

Exco MGB di Majlis Kesyukuran Penganugerahan Pingat DPMP

5 Dis : Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang telah mengadakan majlis kesyukuran bersempena penganugerahan pingat DPMP yang membawa gelaran kepada Pengarah Pendidikan Negeri Perak Dato' Mat Lazim bin Idris.


Dalam majlis tersebut Dato' Pengarah selain mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur, beliau juga sempat menyampaikan beberapa amanat kepada sidang majlis.

Antara perkara yang diberi perhatian ialah nilai kebersamaan (Colaboration) sebagai langkah mencipta kecemerlangan sama ada di peringkat jabatan, pejabat pendidikan daerah, sekolah dan warga sekolah.


Beliau juga turut meminta semua pihak terutama di peringkat sekolah rendah agar tiada penekanan kepada gred purata sekolah (GPS), tetapi berusaha terus untuk peningkatan penguasaan tahap minima.

Bersesuaian pentaksiran bilik darjah pula, Dato' Pengarah memohon pengamalan budaya pembelajaran abad ke 21 (PAK 21) dalan bilik darjah terus direalisasikan secara menyeluruh. Beliau juga telah menghuraikan secara ringkas konsep 4C yang perlu diadun dan dilaksanakan dalam bilik darjah. 4C juga perlu untuk semua pegawai di PPD dan pengurus di sekolah.


Yang Dipertua Majlis Guru Besar daerah Batang Padang juga merakamkan kalungan tahniah kepada Dato'Pengarah di atas kurniaan pingat tersebut.

"Penganugerahan DPMP bukan menandakan kejayaan personal tetapi lebih kepada sumbangan bersama semua warga pendidikan di negeri Perak."


Beliau berpendapat untuk mencapai kecemerlangan dan mempercepatkan visi Perak Excellent semua lapisan pentadbir bermula dari pentadbir di PPD hingga peringkat akar umbi di sekolah harus berkolaborasi dan berinteraksi dan sering bantu-membantu.

Beliau menyarankan agar cogankata "Kebersamaan untuk mencipta kecemerlangan", jika tidak dapat menggantikan Dare To Change boleh menjadi pegangan warga pendidikan di daerah ini.


"Lakukan yang terbaik dan mesti ada keazaman esok lebih baik dari hari ini, dan seterusnya.

Jika masih berada di tahap yang sama, bererti kita tidak mampu berubah dan mendepani masalah yang kian kompleks"

Majlis sepetang yang diadakan di Bilik Excellent, PPD daerah Batang Padang itu juga turut disertai beberapa tetamu VIP dan 10 exco MGB.