Saya masih ingat pada bulan Julai 2015, ketika saya mula-mula diberikan mandat untuk menerajui Kementerian Pendidikan Malaysia. Pernah saya catatkan dalam penulisan saya sebelum ini bahawa cabaran yang hebat menanti saya dalam memastikan sistem pendidikan negara dapat ditransformasi sebagaimana yang direncanakan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Semasa Perutusan Tahun Baharu 2016, kali pertama saya menyampaikan amanat sebagai Menteri Pendidikan Malaysia, saya bercakap tentang pentingnya komunikasi dua hala – penyampaian maklumat daripada Kementerian dan maklum balas yang diterima daripada para pelaksana mesti berlaku dengan jelas dan telus. Saya menekankan bahawa Kementerian Pendidikan bekerja untuk sekolah, dan pegawai-pegawai di KPM, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah perlu turun padang, menyelami cabaran yang dihadapi oleh para pendidik dalam merealisasi dasar pendidikan negara. Platform media sosial saya buka seluasnya untuk sesiapa sahaja memberikan maklum balas secara beradab, terbuka dan telus.
Pada tahun berikutnya semasa Perutusan Tahun Baharu 2017, saya ulangi perkara yang sama. Komunikasi berkesan adalah sama pentingnya dengan perancangan dan pelaksanaan sesuatu program atau inisiatif. Bak kata orang muda sekarang – tak ada maknanya Kementerian menggubal dasar dan merancang inisiatif kalau guru-guru kita sendiri tidak faham mengapa satu polisi itu dibuat dan bagaimana untuk melaksanakannya.
Perkara ini disampaikan sendiri kepada saya dalam siri “Guru Pembina Negara Bangsa” di beberapa negeri bersama warga pendidik. Saya merasa gembira apabila ramai yang mengatakan mereka faham tentang hala tuju pendidikan dan tentang kepentingan menyediakan generasi bangsa Malaysia yang holistik dan sejahtera yang bakal menjadi penyumbang kepada kemakmuran negara di masa hadapan.
Namun begitu saya merasa agak gusar kerana terdapat juga antara mereka yang kurang faham mengapa mereka perlu melakukan beberapa pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ada juga yang mempertikaikan tentang keperluan Pembelajaran Abad ke 21 sedangkan sekolah tidak mempunyai bekalan elektrik contohnya, atau kenapa perlunya guru-guru diarahkan untuk menyiapkan kursus i-Think dalam talian.
Saya amat faham tentang kegusaran ini dan saya tidak menyalahkan warga pendidikan kerana mempersoalkan perkara ini. Segala persoalan ini berpunca daripada kurangnya maklumat yang betul yang disampaikan kepada mereka. Dalam usaha negara kita membina aspirasi baharu melalui Transformasi Nasional 2050 atau TN50, era ledakan maklumat ini perlu kita manfaatkan supaya masyarakat secara menyeluruh tahu dan faham ke mana hala tuju pendidikan dan bagaimana untuk kita sampai kepada hala tuju yang telah kita tetapkan.
Saya ambil contoh paling mudah tentang kejayaan anak-anak kita yang telah mengharumkan nama negara dalam pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa. Saya cukup kagum dengan pencapaian murid Sekolah Sukan Malaysia yang mewakili negara dalam Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2016. Tahun ini sumbangan murid Sekolah Sukan Malaysia dalam Sukan SEA memang cukup besar dalam kejayaan negara menjadi Johan Sukan SEA serta kejayaan dalam Sukan Paralimpik. Sekolah Seni Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila menjadi juara dunia dalam beberapa pertandingan. Namakan sahaja pertandingan di peringkat antarabangsa daripada robotik ke Musabaqah al Quran, murid Malaysia telah berjaya memahat nama mereka di persada antarabangsa.
Bagaimana murid Malaysia boleh mencapai kejayaan ini? Tidak lain adalah berkat usaha dan sokongan daripada guru, ibu bapa, pentadbir dan komuniti yang sentiasa bekerjasama untuk memastikan bakat dan kemampuan mereka dipupuk dan dikembangkan. Usaha ini juga menuntut satu transformasi dengan mengamalkan budaya kerja baharu selaras dengan tuntutan dunia yang begitu pesat berubah di ambang Revolusi Industri 4.0 ini. Justeru komunikasi berkesan perlu berlaku di sini – maklumat yang betul mesti disampaikan dan maklum balas perlu diperolehi supaya proses penambahbaikan dapat dilakukan secara berterusan.
Sesungguhnya begitu banyak kejayaan dan pengiktirafan telah diraih dalam bidang pendidikan yang mungkin tidak diketahui oleh masyarakat umum. Semasa Mesyuarat UNESCO di Paris pada November 2017, saya merasa terharu kerana usaha transformasi pendidikan di bawah PPPM 2013-2025 mendapat pujian daripada UNESCO. Di London selepas mesyuarat tersebut, pihak Cambridge memperakui program Dual Language Programme (DLP) yang dilaksanakan telah berjaya meningkatkan profisiensi murid dalam Bahasa Inggeris, walaupun terdapat pelbagai cabaran semasa melaksanakan program ini selama dua tahun. Kejayaan ini perlu dikongsi kepada warga pendidik dan masyarakat umum supaya Kementerian tidak terus menerima kritikan hanya kerana mereka ‘tidak tahu’ apa yang berlaku.
Begitu juga dengan usaha Kementerian untuk menjelmakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam membangunkan murid yang seimbang ilmu dan akhlaknya. Penerapan Enam Aspirasi Murid – pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa, kemahiran memimpin, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Usaha ini memerlukan satu pendekatan bersepadu daripada semua pihak – ibu bapa, komuniti dan sektor swasta perlu berganding bahu dengan para pendidik demi masa depan anak bangsa Malaysia yang lebih gemilang. Sebab itu pelaporan yang lebih holistik diamalkan dalam pentaksiran murid sebagaimana yang dilaksanakan melalui Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) pada 24 November yang lalu. Yang penting di sini adalah semua pihak faham mengapa perkara ini perlu dilaksanakan dan apakah impaknya dalam jangka masa panjang.
Pelbagai usaha dan inisiatif yang dilaksanakan untuk mentransformasi sistem pendidikan di bawah PPPM 2013-2025 tidak akan berjaya sekiranya apa yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan tidak dapat difahami dan dihayati oleh pelaksana. Saya amat mengharapkan supaya setiap pihak – murid, guru, pentadbir, ibu bapa, komuniti dan sektor swasta – dapat berusaha sebagai satu keluarga demi masa hadapan Malaysia yang lebih gemilang. Aamin.
Sumber : Laman Rasmi Menteri Pendidikan