Dasar Pendidikan Kebangsaan amat relevan dengan langkah kerajaan untuk meneruskan proses transformasi dalam sistem pendidikan negara.
Usaha ini merupakan kesinambungan dan penambahbaikan daripada penerbitan Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan yang sebelumnya. Penghasilan buku ini juga ialah hasil kerjasama bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia atau sekarang ini Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah memberikan komitmen yang tinggi bagi menjayakan penerbitan buku ini.
Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan satu dokumen yang menggambarkan aspirasi kerajaan dalam menentukan hala tuju pendidikan negara. Dasar yang telah digubal akan menjadi teras serta sumber rujukan dalam setiap program yang akan dirancang dan dilaksanakan.
Justeru, sesuatu dasar yang telah digubal pasti mengalami satu proses yang panjang dan rumit sebelum dapat didokumenkan. Oleh itu, saya amat menghargai segala daya usaha yang telah dilakukan untuk menerbitkan buku ini.
Klik Sini Untuk Muat Turun