- Siapakah yang boleh mengakses portal NKRA?
Portal NKRA boleh diakses oleh pihak sekolah, SIP+, JPN, PPD dan Bahagian KPM
- Kenapakah instrumen SKPMg2 tidak kelihatan setelah log in dalam portal NKRA?
Untuk tujuan pengisian skor PKS-SKPMg2, sila gunakan user id seperti berikut:
User Id : Kod Sekolah (BBA0001)
Password : seperti yang telah ditetapkan.
- Perlukah pihak sekolah membuat pengisian skor penarafan SKPMg2 secara offline sebelum memindahkannya ke dalam portal?
Pihak sekolah boleh mengisi secara terus ke dalam talian kecuali pada skor PdPc. Pihak sekolah hendaklah mengisi skor PdPc setiap guru secara offline bagi mendapatkan rumusan setiap aspek yang akan dipindahkan ke dalam portal. Tapak offline ini akan diminta semasa pihak sekolah diaudit.
- Bolehkah skor penarafan diubah jika skor telah ditetapkan?.
Boleh, skor akan dikemas kini setiap kali perubahan dilakukan. Skor tidak boleh diubah sekiranya telah melepasi tarikh pengisian pada sesi berkenaan.
- Dalam paparan Pasukan Pelaksana Standard (PPS), nama ketua tidak berada di atas.
Senarai nama dalam PPS disusun mengikut abjad, bukan mengikut jawatan.
- Untuk pendaftaran PPS, terdapat item KP Utama. Apakah maklumat yang perlu dimasukkan?
Maklumat KP Utama adalah nombor Kad Pengenalan ahli PPS berkenaan.
- Pihak sekolah telah menaip evidens tetapi sistem tidak menyimpannya apabila butang SIMPAN ditekan.
Elakkan menaip melibatkan karektor khas seperti “” ‘ dan sebagainya. Ada kemungkinan juga server tidak stabil pada waktu yang berkenaan. Mohon cuba sekali lagi pada waktu lain.
- Mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah saya tidak terpapar pada Aspek 3.1.2.
Sila masukkan nama mata pelajaran yang ditawarkan dalam paparan Pasukan Pelaksana Standard (Aspek 3.1.2) terlebih dahulu supaya mata pelajaran ini dapat dipaparkan untuk tujuan pengisian skor. Jika berlaku kesilapan, delete nama mata pelajaran berkenaan dalam paparan PPS juga.
- Nama Kelab/Persatuan tidak terpapar pada Aspek 3.2.2
Sila masukkan nama kelab/persatuan yang tawarkan dalam paparan Pasukan Pelaksana Standard (Aspek 3.2.2) terlebih dahulu supaya nama kelab/persatuan ini dapat dipaparkan untuk tujuan pengisian skor.
- Nama Badan Beruniform tidak terpapar pada Aspek 3.2.3
Sila masukkan nama badan beruniform yang tawarkan dalam paparan Pasukan Pelaksana Standard (Aspek 3.2.3) terlebih dahulu supaya nama badan beruniform ini dapat dipaparkan untuk tujuan pengisian skor.
- Nama Sukan/Permainan tidak terpapar pada Aspek 3.2.4
Sila masukkan nama sukan/permainan yang tawarkan dalam paparan Pasukan Pelaksana Standard (Aspek 3.2.4) terdahulu supaya nama sukan/permainan ini dapat dipaparkan untuk tujuan pengisian skor.
- Mengapa jumlah guru dalam sistem berbeza dengan jumlah sebenar guru di sekolah?
Sistem SKPMg2 mendapatkan data guru daripada sistem e-operasi. Sila log in dalam sistem e-operasi dan pastikan semua guru ditandakan sebagai GURU pada item KATEGORI
- Jika guru sedang cuti bersalin, apakah yang perlu ditandakan pada item status guru dalam PdPc?
Pilih pada Cuti. Semua jenis cuti sakit dan tidak hadir bertugas dengan mendapat kebenaran doktor/kebenaran rasmi hendaklah ditanda pada Cuti
- Jika guru sedang bercuti dan tidak memasukkan skor Penarafan Kendiri PdPc pada sesi pengisian Jan-Mac, apakah skor ini boleh dimasukkan pada sesi Apr-Jul?
Tidak boleh. Skor berkenaan hendaklah disimpan di peringkat sekolah.
- Apabila guru berpindah, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah?
Sila rujuk jadual berikut :
Jika tiada bukti pencerapan, guru berkenaan perlu dicerap di sekolah baharu.Pengisian Situasi Tindakan Jan – Mac Guru berpindah dari SK ABC ke SK DEF pada bulan April Kekalkan nama guru pada SK ABC, tambah nama guru pada SK DEF Apr - Julai Guru berpindah dari SK JKL ke SK MNO pada bulan Ogos Kekalkan nama guru pada SK JKL, tambah nama guru pada SK MNO Ogos - Nov Guru berpindah dari SMK ABC ke SMK DEF pada bulan Disember Kekalkan nama guru pada SMK ABC, tambah nama guru pada SMK DEF Jan – Mac Guru berpindah dalam sesi pengisian Jan – Mac Pastikan bahawa guru berkenaan telah dicerap di sekolah yang terdahulu. Dapatkan bukti pencerapan. Gunakan skor berkenaan pada sekolah baharu. Guru tidak perlu di cerap semula. Tukar status guru berkenaan kepada berpindah dan padam skor sedia ada di sekolah lama. Kemas kini sistem e-operasi. Lakukan penambahan nama guru berkenaan di sekolah baharu dalam Standard 4. Apr - Julai Guru berpindah dalam sesi pengisian Apr – Julai Ogos - Nov Guru berpindah dalam sesi pengisian Ogos – Nov
- Bagaimanakah untuk menetapkan status guru dalam Standard 4?
Rujuk jadual yang dilampirkan
No Kriteria Tagging Catatan 1 Guru berada di sekolah dan dicerap Berada di sekolah 2 Guru bimbingan kaunseling lantikan JPN Guru bimbingan kaunseling 3 Guru bimbingan lantikan dalaman Berada di sekolah Perlu dicerap mengikut opsyen asal 4 Guru cuti bersalin Cuti 5 Guru cuti belajar Cuti 6 Guru cuti tanpa gaji Cuti 7 Guru yang bertugas di PPD tetapi nama berada di sekolah Bertugas di PPD/JPN 8 Jurulatih sukan Jurulatih 9 Guru telah meninggal dunia Meninggal Dunia 10 Guru yang sedang proses diambil tindakan kerana tidak bertugas Sedang dalam tindakan 11 Guru yang telah digantung bertugas Gantung kerja 12 Guru yang telah mendapat status Pool Pool 13 Guru yang telah berpindah sekolah Pindah sekolah 14 Guru yang tidak hadir bertugas tanpa sebab Tidak hadir bertugas tanpa sebab 15 Guru yang telah berpencen Berpencen 16 Guru yang menghadiri kursus panjang melebihi tiga bulan Kursus
Salam.. Guru yg berstatus pool, perlu lah di masukkan skor? Dlm keadaan status pool, mengajar pun dah tak seperti guru normal.
ReplyDeleteSalam..bagi guru yg berdaftar selepas jan-mac..apa status? Bgmn nk edit krn petak kelabu tk boleh edit.tqsm sir
ReplyDelete