Tuesday, December 5, 2017

Exco MGB di Majlis Kesyukuran Penganugerahan Pingat DPMP

5 Dis : Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang telah mengadakan majlis kesyukuran bersempena penganugerahan pingat DPMP yang membawa gelaran kepada Pengarah Pendidikan Negeri Perak Dato' Mat Lazim bin Idris.


Dalam majlis tersebut Dato' Pengarah selain mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur, beliau juga sempat menyampaikan beberapa amanat kepada sidang majlis.

Antara perkara yang diberi perhatian ialah nilai kebersamaan (Colaboration) sebagai langkah mencipta kecemerlangan sama ada di peringkat jabatan, pejabat pendidikan daerah, sekolah dan warga sekolah.


Beliau juga turut meminta semua pihak terutama di peringkat sekolah rendah agar tiada penekanan kepada gred purata sekolah (GPS), tetapi berusaha terus untuk peningkatan penguasaan tahap minima.

Bersesuaian pentaksiran bilik darjah pula, Dato' Pengarah memohon pengamalan budaya pembelajaran abad ke 21 (PAK 21) dalan bilik darjah terus direalisasikan secara menyeluruh. Beliau juga telah menghuraikan secara ringkas konsep 4C yang perlu diadun dan dilaksanakan dalam bilik darjah. 4C juga perlu untuk semua pegawai di PPD dan pengurus di sekolah.


Yang Dipertua Majlis Guru Besar daerah Batang Padang juga merakamkan kalungan tahniah kepada Dato'Pengarah di atas kurniaan pingat tersebut.

"Penganugerahan DPMP bukan menandakan kejayaan personal tetapi lebih kepada sumbangan bersama semua warga pendidikan di negeri Perak."


Beliau berpendapat untuk mencapai kecemerlangan dan mempercepatkan visi Perak Excellent semua lapisan pentadbir bermula dari pentadbir di PPD hingga peringkat akar umbi di sekolah harus berkolaborasi dan berinteraksi dan sering bantu-membantu.

Beliau menyarankan agar cogankata "Kebersamaan untuk mencipta kecemerlangan", jika tidak dapat menggantikan Dare To Change boleh menjadi pegangan warga pendidikan di daerah ini.


"Lakukan yang terbaik dan mesti ada keazaman esok lebih baik dari hari ini, dan seterusnya.

Jika masih berada di tahap yang sama, bererti kita tidak mampu berubah dan mendepani masalah yang kian kompleks"

Majlis sepetang yang diadakan di Bilik Excellent, PPD daerah Batang Padang itu juga turut disertai beberapa tetamu VIP dan 10 exco MGB.











0 comments:

Post a Comment