Selamat Datang

Selamat datang kepada semua pengunjung ke laman blog Majlis Guru Besar Daerah Batang Padang - Muallim.

Anjakan Ke-5

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Tahniah

Tahniah kepada YAB Mohd Faisal bin Dato Azumu sebagai Menteri Besar Perak.

Saturday, January 27, 2018

Tahniah Kepada YBhg Dato' Pengarah Pendidikan Perak


DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan Pingat Semangat Rimba Kelas Kedua Perak- BSR II kepada YBhg Dato' Mat Lazim Bin Idris

BERITA PENUH

IPOH, 27 JANUARI 2018 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Penganugerahan Bintang Pingat dan Sijil Pengakap Malaysia Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2018 di Dewan Bankuet, Bangunan Darul Ridzuan, pagi tadi.

Hadir sama, YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan YBhg Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dr Haji Shafie Mohd Salleh.

Majlis Penganugerahan berkenaan turut menyaksikan YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Nolee Ashilin Binti Mohammed Radzi serta YBhg Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Mat Lazim Idris menerima Pingat Bintang Semangat Rimba Kelas Kedua Perak (PBSR-11).

Pingat itu dianugerahkan kepada kedua-dua tokoh berkenaan kerana memberi perkhidmatan serta bakti terpuji kepada pergerakan pengakap.
Selain itu, Anugerah Sijil Pengakap Raja pula disampaikan kepada 311 penerima membabitkan enam penuntut Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 1998 dan 305 ahli Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Perak tahun 2014, 2015 dan 2016.

Tan Sri Dr Haji Shafie Salleh dalam ucapannya berkata, beliau amat berterima kasih dengan sokongan yang diberikan pihak kerajaan bagi setiap program yang dianjurkan selain berharap ia mampu melahirkan modal insan berwawasan.

“Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Pendidikan Negeri yang banyak membantu memberi sokongan selain bantuan bagi memastikan setiap aktiviti yang dianjurkan berkualiti serta meninggalkan kesan mendalam.

“Ia juga diharap mampu menjadi panduan kepada pergerakan pengakap di dalam melahirkan modal insan yang berwibawa,” kata beliau.
Beliau berkata, semua aktiviti yang dijalankan oleh pengakap juga bertujuan membantu serta mendekatkan diri dengan masyarakat sepertimana saranan yang termaktub dalam agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50).

“Program seperti perkhemahan, jambori, kepimpinan, latihan dan sukarelawan yang dijalankan oleh pengakap merupakan tunjang utama dalam memastikan hubungan dengan masyarakat dapat dieratkan,” katanya

Sumber: https://www.perak.gov.my/

Tuesday, January 23, 2018

Perutusan Tahun Baharu 2018 oleh Menteri Pendidikan

Berikut ialah slaid Perutusan Tahun Baharu 2018 yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia iaitu Yang Berhormat Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Perutusan telah disampaikan pada 18 Januari 2018 di Pusat Konvesyen Antarabangsa, Putrajaya dan disiarkan secara langsung melalui laman EduWebTV.


Muat Turun Bahan : Klik Sini

Muat Turun Bahan Teks Ucapan YBM Perutusan Tahun Baharu 2018 : Klik Sini