Monday, November 27, 2017

Pelaksanaan SKPM Gelombang Kedua Ditangguhkan


PADANG TERAP 26 Nov. - Pelaksanaan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) gelombang kedua yang sepatutnya dilaksanakan pada penghujung tahun ini, ditangguhkan ke tahun depan atas sebab-sebab teknikal.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, penangguhan tersebut dibuat setelah beliau berbincang bersama Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin mengenai perkara itu, petang ini.

"Dalam perbincangan menerusi panggilan telefon itu, kami berdua bersetuju yang perkara ini perlu ditangguhkan ke tahun depan kerana ada masalah teknikal. Jadi guru-guru tak perlu laksanakan dulu perkara itu.

"Perkara ini melibatkan Jabatan Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Hari ini saya umumkan dulu penangguhannya dan esok atau lusa, kementerian akan mengeluarkan perinciannya untuk dimaklumkan ke sekolah-sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan hadiah Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 tahun Piala Menteri Pendidikan 2017 di Sekolah Kebangsaan Padang Terap di sini, hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/pelaksanaan-skpm-gelombang-kedua-ditangguhkan-1.560885#ixzz4zdhwCkMN
© Utusan Melayu (M) Bhd

0 comments:

Post a Comment