Saturday, November 25, 2017

Sektor Pendidikan Negara Perlu Diperkasakan Seiring ICT


KUALA LUMPUR 25 Nov. - Sektor pendidikan negara harus diperkasakan dengan sepenuhnya seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ini kerana sektor pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan visi Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi.

"Dengan memaksimakan manfaat teknologi perkomputeran dan liputan talian internet menyeluruh, para guru dan pelajar juga berupaya memperoleh sumber Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam talian dengan menggunakan teknologi seperti termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025," katanya pada Majlis Perasmian Seminar KL Edtech 2017, dekat sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr. Aliah Ahmad Shah.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Brickfields Asia College (BAC) merangkap Pengasas freeschool.my, Raja Singham dan Pengerusi RumahKod, Normie Azura.

Kira-kira 300 guru dari seluruh negara menghadiri Seminar KL Edtech 2017 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini. - Utusan Online.

0 comments:

Post a Comment